Lagi anggota Kabinet Jokowi terlibat rasuah - Utusan Malaysia

Lagi anggota Kabinet Jokowi terlibat rasuah

SYAHRUL YASIN LIMPO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi antirasuah Indonesia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK), menamakan seorang bekas Menteri Pertanian sebagai suspek kes suapan, sekali gus menjadi anggota keenam Kabinet Presiden Joko Widodo yang berdepan dakwaan rasuah.

Syahrul Yasin Limpo yang baru saja meletak jawatan minggu lalu selepas KPK menyerbu beberapa rumah dan kementeriannya, berkata beliau akan bekerjasama dengan siasatan, menurut kenyataan peguamnya.

KPK menamakan Syahrul sebagai suspek kerana didakwa mengarahkan dua rakan sekerjanya memaksa pegawai membayar beliau hingga mencecah AS$10,000 (RMsebagai pertukaran jawatan atau penyertaan dalam projek perolehan di kementerian itu.

Timbalan Ketua KPK, Johanis Tanak, semalam berkata wang itu didakwa adalah bajet kementerian dan siasatan lanjut terhadap Syahrul sedang dijalankan.

Johanis berkata, Syahrul dan rakan-rakannya dituduh menerima kira-kira 14 bilion rupiah dengan sebahagian wang itu didakwa digunakan untuk membayar bil kad kredit dan kereta mewah Limpo.

KPK berkata, serbuan di rumah dan kementerian juga menemui wang tunai berbilion rupiah.

Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, melantik Pemangku Menteri Pertanian pada minggu lalu.

Syahrul adalah menteri keenam dalam Kabinet Jokowi yang berdepan dakwaan rasuah.

Awal tahun ini, pihak berkuasa menahan Menteri Komunikasi ketika itu atas dakwaan rasuah, manakala Menteri Hal Ehwal Sosial dan Perikanan sebelum ini bawah pentadbiran Jokowi pula dipenjarakan pada 2021. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN