BANGKOK: Sekurang-kurangnya 21 rakyat Thailand terbunuh dalam pertempuran sengit antara tentera Israel dan kumpulan pejuang Hamas sejak hujung minggu lalu.
Menurut Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berkata, jumlah rakyat negaranya yang maut dalam konflik itu meningkat berbanding 20 orang sebelum ini.
“Berdasarkan maklumat diterima malam tadi, seorang lagi warga Thailand maut dalam konflik itu. Jumlah kematian kini meningkat kepada 21 orang,” katanya.
Kementerian Sumber Manusia Thailand mengesahkan kira-kira 30,000 warga Thailand berada di Israel yang mana kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian.
Kebimbangan terhadap nasib 14 warga Thailand yang dijadikan tebusan semakin meningkat.
Terdahulu, keluarga mangsa berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok menunggu ketibaan penerbangan komersial yang membawa 15 rakyat Thailand termasuk yang cedera. – AFP