Israel setuju permintaan AS, tangguh ceroboh Gaza

Israel setuju permintaan AS, tangguh ceroboh Gaza

KENDERAAN berperisai dan kereta kebal tentera zionis ditempatkan di sepanjang sempadan Israel dengan Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Israel bersetuju untuk menangguhkan serangan darat ke atas Gaza buat masa bagi membolehkan Amerika Syarikat (AS) menghantar pertahanan peluru berpandu bagi melindungi pasukan tenteranya di wilayah itu.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan Wall Street Journal (WSJ) yang memetik kenyataan pegawai AS dan Israel.  

Menurut laporan WSJ, pegawai AS berjaya memujuk Israel untuk menangguhkan serangan itu sehingga sistem pertahanan udara AS ditempatkan di wilayah itu yang dijangkakan pada akhir minggu ini. 

Jelas laporan itu, Israel juga sedang mempertimbangkan rancangan membekalkan bantuan kemanusiaan di dalam Gaza dan usaha diplomatik untuk membebaskan tebusan.

“Ancaman terhadap tentera AS menjadi kebimbangan utama kami,” jelas laporan itu.

Tambah WSJ, Washington sedang berusaha mengerahkan kira-kira 12 sistem pertahanan udara termasuk bagi pasukan tentera yang berkhidmat di Iraq, Jordan, Kuwait, Arab Saudi, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tambah laporan itu, AS dan pegawai lain percaya pasukan tentera mereka akan menjadi sasaran kumpulan pejuang sebaik sahaja Israel melancarkan serangan darat ke atas wilayah Palestin itu.    

Sebelum ini, Reuters melaporkan Washington menasihatkan Israel untuk menangguhkan serangan darat di Semenanjung Gaza dan sentiasa memaklumkan Qatar mengenai rundingan itu. 

Minggu lalu, laporan Reuters memaklumkan Pentagon merancang untuk menghantar dua sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome ke Israel bagi membantu mempertahankan diri daripada serangan peluru berpandu, serta sistem Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) bersama batalion tambahan sistem peluru berpandu pertahanan udara ke Asia Barat. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya