BEIRUT: Tentera Israel memaklumkan pasukannya melancarkan serangan ke atas sasaran milik kumpulan Hezbollah di selatan Lubnan.
Lapor BBC, menurut jurucakap tentera, pasukanya bertindak selepas memintas dua `sasaran tidak dikenali’ terbang di ruang udara bandar utara Haifa yang berhampiran sempadan Lubnan.
Jelasnya, serangan itu dilancarkan selepas pesawat tanpa pemandu (UAV) atau dron itu didapati terbang melintasi ke utara Israel.
Menurut jurucakap, dron milik tentera Israel juga ditembak.
Beberapa gambar yang tular dalam media sosial menunjukkan kepulan asap menyelubungi ruang udara selepas tentera Israel melancarkan serangan ke atas wilayah Lubnan.










