Israel lancar beberapa serbuan di Semenanjung Gaza

Israel lancar beberapa serbuan di Semenanjung Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tentera Israel mengesahkan pasukannya mula melancarkan beberapa serbuan di Semenanjung Gaza menjelang persediaan menggempur wilayah itu secara habis-habisan.

Lapor BBC, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) memaklumkan pasukannya melancarkan serbuan di Gaza bagi menghapuskan ancaman dan aset kumpulan pejuang.

Menurut IDF, pasukannya juga akan mengumpul bukti yang membantu mengesan tebusan yang diculik.

IDF turut memuat naik rakaman video yang memaklumkan mengenai operasi serbuan di Semenanjung Gaza di aplikasi X.

“Tentera Udara Israel akan terus menyerang sasaran kumpulan Hamas dan pelancar peluru berpandu anti kereta kebal di Gaza sejurus selepas ia digunakan untuk menyerang Israel,” katanya dalam video itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN