Hamas Mujahidin, Zionis penjenayah perang - Erdogan

Hamas Mujahidin, Zionis penjenayah perang – Erdogan

RECEP TAYYIP ERDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Turkiye mahu menunjukkan kepada dunia Israel sebenarnya adalah negara penjenayah perang, tegas Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan juga mengkritik sikap hipokrit kuasa Barat yang memberikan sokongan kepada Israel yang membenarkan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di Gaza.

Presiden Turkiye itu berkata demikian ketika berucap di hadapan ratusan ribu rakyat Turkiye yang berhimpun dalam solidariti ‘Great Palestine Rally’ di Lapangan Terbang Ataturk, Istanbul.

Erdogan menegaskan, sikap pilih kasih itu dilakukan Barat kerana rasa bersalah mereka terhadap kekejaman yang dilakukan terhadap kaum Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

“Turkiye tidak mempunyai masalah untuk menyatakan pendirian mengenai apa yang berlaku di Gaza kerana kita tidak terhutang budi kepada Israel.

“Ini berbeza dengan kuasa Barat yang sentiasa terhutang budi dengan negara Zionis itu kerana kekejaman yang pernah mereka lakukan dulu,” katanya.

Ketika pembunuh beramai-ramai sedang dilakukan tentera zionis di Gaza, Erdogan mempersoalkan berapa ramai lagi nyawa kanak-kanak, wanita dan warga emas yang perlu dikorbankan sebelum gencatan senjata dapat dilakukan.

Perhimpunan mega di Istanbul itu menyaksikan solidariti rakyat Turkiye dari pelbagai latar belakang termasuk selebriti Yusof Islam.

Erdogan menegaskan, pejuang Hamas adalah kumpulan pembebasan yang melancarkan pertempuran untuk melindungi tanahnya, kumpulan Mujahidin yang berjuang untuk melindungi bumi dan rakyatnya.

Tambah beliau, Israel mungkin disokong Barat kerana berhutang banyak dengan rejim Zionis itu, tetapi Turkiye tidak berhutang apa-apa dengan Israel.

Pada masa yang sama, Erdogan meluahkan rasa sedih dengan sikap Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang menutup mata terhadap pembunuhan kejam kanak-kanak dalam konflik Israel-Palestin.

Turkiye turut menyifatkan tindakan negara-negara di luar rantau yang menyatakan sokongan kepada Israel, seolah-olah ‘mencurah minyak ke dalam api’.

Justeru, Erdogan berkata Turkiye bersedia menjadi satu daripada penjamin kepada Palestin dengan sokongan kemanusiaan, politik serta ketenteraan.

Sementara itu, Israel hari ini bertindak memanggil pulang kakitangan diplomatik di Turkiye selepas ucapan Erdogan itu semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya