20 trak bantuan kemanusiaan masuk Gaza hari ini

20 trak bantuan kemanusiaan masuk Gaza hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fatah al-Sisi bersetuju untuk membuka lintasan Rafah bagi membolehkan sekurang-kurangnya 20 trak membawa bantuan kemanusiaan masuk ke Semenanjung Gaza.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden selepas beliau menerima panggilan telefon daripada Abdel Fatah.

Katanya, kesemua trak tersebut dijangka masuk ke Gaza hari ini.

Hal itu kerana, struktur jalan di lintasan tersebut perlu dibaiki dan dijangka mengambil masa selama lapan jam.

Biden juga menegaskan, semua bantuan kemanusiaan itu hanya untuk penduduk Gaza dan bukannya kumpulan Hamas.

Selain itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijanka mengedarkan bantuan ke Gaza menerusi sempadan lain.

“Jika Hamas rampas bantuan kemanusiaan itu, kami tidak akan bertanggungjawab kerana tiada lagi bantuan akan dihantar,” kata Biden.

Secara keseluruhan, sebanyak 150 trak bantuan menunggu giliran untuk masuk ke Gaza dan semuanya bergantung kepada keadaan semasa.

Terdahulu, AS akhirnya menggunakan kuasa veto pada resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield sifatkan resolusi penting dan majlis PBB mesti bersuara, namun ia mesti disokong oleh fakta di lapangan dan usaha diplomasi secara langsung.

Washington secara tradisinya melindungi sekutunya Israel daripada sebarang tindakan Majlis Keselamatan PBB.

Tindakan AS tidak disenangi duta besar Rusia ke PBB, Vassily Nebenzia yang menyifatkan apa yang berlaku di Majlis Keselamatan sebagai paparan jelas sikap hipokrit Washington dan layanan berbeza kepada sekutunya.

Sedangkan resolusi yang digubal Rusia yang menggesa gencatan kemanusiaan Isnin lalu menemui kegagalan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN