Ribuan pelancong tinggalkan Maghribi selepas gempa bumi kuat

Ribuan pelancong tinggalkan Maghribi selepas gempa bumi kuat

BARISAN panjang dilihat di pintu masuk Lapangan Terbang Marrakesh di Maghribi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Ribuan pelancong berpusu-pusu meninggalkan Maghribi selepas negara itu digegarkan oleh gempa bumi dahsyat 6.8 magnitud yang mengorbankan lebih 2,000 nyawa.

Maghribi dilanda gempa bumi terburuk dalam tempoh 60 tahun lewat malam Jumaat lalu, meruntuhkan bangunan di seluruh negara dan memaksa rakyat serta pelancong beramai-ramai tidur di jalanan.

Ribuan pelancong dilihat memenuhi pintu masuk utama di beberapa lapangan terbang di Maghribi, terutama di bandar Marrakesh.

PELANCONG dilihat meninggalkan bandar Marrakesh selepas Maghribi dilanda gempa bumi kuat Jumaat lalu.-AFP

Walaupun sebahagian besar kawasan terjejas teruk terutamanya diluar bandar, pelancong yang menginap di kawasan bandar dapat meninggalkan negara itu dengan selamat kerana beberapa lapangan terbang masih boleh beroperasi.

“Semua lapangan terbang Maghribi dibuka dengan beberapa syarikat penerbangan menyediakan tempat duduk tambahan untuk pelancong yang ingin kembali ke UK lebih awal daripada yang dirancang.

“Pengembara yang ingin menukar rancangan penerbangan harus berhubung terus dengan pengendali pelancongan atau syarikat penerbangan mereka.

“Jika anda bercadang untuk pergi ke Maghribi dalam masa terdekat, kami menasihatkan anda menyemak semula lokasi penginapan sebelum berlepas kerana khuatir kawasan berkenaan sudah terjejas akibat gempa bumi,” kata Pejabat Kedutaan UK dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Kedutaan AS di Rabat turut mengeluarkan perintah berjaga-jaga selepas amaran tsunami dikeluarkan di kawasan pantai dan arahan penutupan jalan serta gangguan lalu lintas oleh pasukan polis.

Tiga warga Britain yang tinggal di Imlil, sebuah kampung terpencil di pergunungan berhampiran pusat gempa dilaporkan masih hilang dan keluarga mangsa sedang mendapatkan bantuan daripada Setiausaha Kementerian Luar, James Cleverly.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya