Polis Thailad lakukan rampasan dadah terbesar bernilai RM38 juta

Polis Thailad lakukan rampasan dadah terbesar bernilai RM38 juta

TORSAK Sukwimol (dua dari kanan) memeriksa dadah yang dirampas di sebuah rumah di daerah Muang, wilayah Nakhon Pathom. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis Thailand menahan empat suspek dan melakukan rampasan dadah yang terbesar pernah direkodkan dalam satu operasi dijalankan di negara itu.

Lapor Bangkok Post, Timbalan Ketua Polis Thailand, Jeneral Torsak Sukwimol berkata, pasukannya melakukan serbuan di sebuah rumah terletak di daerah Muang, wilayah Nakhon Pathom kira-kira pukul 11.30 malam (waktu tempatan).

Katanya, serbuan itu merupakan sebahagian daripada operasi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

Dalam operasi tersebut, empat lelaki ditahan dan sejumlah besar dadah dirampas dari rumah dua tingkat.

Suspek ditahan dikenali sebagai Apichart Ekchin, 38, Chalit Khiaophrai, 39, bersama adik lelakinya, Charan Khiaophrai, 38 dan Watchara Khiaophrai, 36.

Dadah yang dirampas membabitkan 15 juta pil methamphetamine, 443 kepingan heroin, 420 kilogram (kg) methamphetamine kristal dan sejumlah narkotik dikenali sebagai happy water dan five-five.

Dalam pada itu, Torsak berkata, rampasan itu merupakan terbesar pernah dicatatkan di negara ini, dianggarkan nilai dadah yang boleh dijual berjumlah kira-kira 300 juta baht (RM38.4 juta).

Menurut beliau, polis menghabiskan masa kira-kira dua tahun menjejaki kumpulan suspek berikutan penahanan seorang daripada anggota itu sebelum ini.

Sementara itu, Penolong Ketua Polis Thailand, Jeneral Samran Nuanma mengesahkan selepas penahanan Warawut Inkhlai, 36, kumpulan terbabit memindahkan operasi sindiket dadah ke rumah di wilayah Nakhon Pathom.

Jelasnya, dadah tersebut disimpan di sana sebelum diagihkan kepada pengedar kecil-kecilan.

Warawut ditahan atas dakwaan memiliki senjata api secara haram dan pengubahan wang haram berkaitan dadah.

Samran berkata, kumpulan itu menyeludup dadah dari negara-negara jiran wilayah utara Thailand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN