Makan kulit babi, Lina Mukherjee dipenjara dua tahun - Utusan Malaysia

Makan kulit babi, Lina Mukherjee dipenjara dua tahun

LINA MUKHERJEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Mahkamah Negeri Palembang mengenakan hukuman penjara selama dua tahun terhadap pempengaruh media, Lina Mukherjee berhubung kes memuat naik video makan kulit babi sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat.

Ketua Majlis Hakim, Roni Sinatra berkata, perbuatan Lina melanggar undang-undang negara, selain menyatakan pempengaruh itu sengaja mencari perhatian dengan memuat naik video berkenaan.

“Seperti yang diputuskan, Lina Mukherjee bersalah kerana memuat naik video yang tidak sepatutnya. Sebagai rakyat Indonesia, Lina seharusnya menjaga sensitiviti masyarakat kita yang majoritinya beragama Islam.

“Sehubungan itu, Lina dikenakan hukuman penjara dua tahun,” kata Roni.

Selain penjara, Lina juga dikehendaki membayar denda sebanyak 250 juta rupiah (RM76,316) dan jika gagal membayarnya, hukuman penjara pempengaruh itu akan ditambah selama tiga bulan.

Selain itu, beberapa barangan miliknya seperti telefon pintar turut disita.

Dalam pada itu, peguam bela Lina menyatakan anak guamnya akan mempertimbangkan keputusan tersebut, sama ada mahu mengekalkannya atau membuat rayuan.

Lina berkata, dia terima keputusan tersebut dan menyesali perbuatannya.

“Tindakan saya sudah mendapat balasannya, saya pasrah dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Sebelum ini, Lina yang beragama Islam tular di media sosial kerana memuat naik video di TikTok menunjukkan dia memakan hidangan kulit babi atas alasan didorong rasa ingin tahu.

Wanita Indonesia itu diburu pihak berkuasa selepas didakwa menghina Islam kerana memakan kulit babi berkenaan sambil membaca Bismillah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya