Ibu sibuk memasak, kanak-kanak setahun lemas dalam parit - Utusan Malaysia

Ibu sibuk memasak, kanak-kanak setahun lemas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIMA: Seorang kanak-kanak di Sanggar, Bima, Nusa Tenggara Barat dilaporkan lemas selepas terjatuh dalam parit besar.

Mangsa yang dikenali sebagai Haikal berusia setahun dipercayai terjatuh dan tenggelam di dalam parit berhampiran rumah ibu saudaranya.

Ketua Kampung Taloko, Kasim Jae berkata, kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut bermain sendirian semasa ibu dan ibu saudaranya sibuk memasak di dapur.

“Ibunya menyedari mangsa tiada di tempat dia bermain, namun menyangka anaknya bermain dengan ahli keluarga yang lain.

“Namun, selepas seketika, ibu mangsa menyedari anaknya tidak pulang dan mula berasa bimbang.

“Ibu mangsa bersama keluarga dan penduduk kampung mula mencari di mana Haikal sebelum menemukan kanak-kanak itu terapung dalam parit,” katanya.

Haikal kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya