Dakwa bantuan kerajaan lambat, penduduk Maghribi tampil bantu mangsa gempa - Utusan Malaysia

Dakwa bantuan kerajaan lambat, penduduk Maghribi tampil bantu mangsa gempa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAFEGHAGHTE: Penduduk awam mula membantu pasukan penyelamat mengesan dan mencari mangsa-mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas Maghribi dilanda gempa bumi kuat.

Mereka juga membantu mengagihkan bekalan asas seperti selimut dan makanan kepada mangsa.

Gempa bumi itu setakat ini sudah meragut 2,122 nyawa dan lebih 2,400 cedera.

“Saya mendapat panggilan daripada banyak keluarga memaklumkan mereka tiada makanan dan keadaan amat menyedihkan.

“Disebabkan itu, saya berbelanja membeli semua barang kelengkapan, termasuk bekalan makanan untuk mereka.

“Keadaan mangsa yang hidup sebenarnya lagi kasihan dan menyedihkan apabila mereka terpaksa menanggung rasa pilu mengenangkan ahli keluarga mereka yang terkorban,” kata Maria Boujdig.

Di sebuah gudang kecil yang terselamat daripada gegaran gempa, tiga perkampungan menyimpan stok makanan, air, tepung dan makanan dalam tin untuk diedarkan kepada mangsa yang terjejas.

“Kami mahu pastikan tiada sesiapa berlapar selepas tragedi ini berlaku.

“Kami tidak boleh hanya menunggu pasukan penyelamat tiba menghulurkan makanan, kami perlu bertindak sendiri atau kami juga kelaparan,” kata seorang daripada mangsa, Mohammed yang juga kehilangan anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

Tafeghaghte terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Marrakesh dan boleh diakses menggunakan trak kecil.

Penduduk setempat memaklumkan bantuan kerajaan amat perlahan, malah boleh dikatakan seperti ‘tiada harapan’.

Mereka juga masih bermalam di luar kerana bimbang berlakunya lagi gegaran kuat.

“Kami meminta pasukan penyelamat menghantar khemah, namun sehingga kini tiada apa yang tiba,” ujar Mustapha El-Machmoum.

Dalam tragedi itum Mustapha kehilangan semua ahli keluarganya, termasuk isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya