Budak perempuan putus tangan digilis kereta api

Budak perempuan putus tangan digilis kereta api

KANAK-kanak perempuan yang parah digilis kereta api menerima rawatan di Hospital Pariaman.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun hilang tangan kanannya akibat digilis kereta api di kawasan lintasan bertingkat berhampiran Desa Cimparuah di Pariaman Tengah, Sumatera Barat.

Ketua Unit Trafik Polis Pariaman Iptu Afrizal Sahar berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Katanya, mangsa yang merupakan penduduk Kampung Taluak dirempuh kereta api ekspres dalam perjalanan dari arah Padang menghala ke Pariaman.

Insiden menyayat hati itu mengakibatkan lengan kanan mangsa putus.

Mangsa juga turut mengalami luka parah di kepala, tangan serta kaki.

“Mangsa dilanggar ketika hendak berjalan menyeberang dari sisi kiri ke kanan landasan yang bersambung dengan jalan raya.

“Lintasan di tempat kejadian tidak mempunyai pintu penghadang,” jelasnya.

Menurut Afrizal, mangsa kini menerima rawatan rapi di Hospital Pariaman.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN