Banyak mayat reput di Derna, sukar dikeluarkan

Banyak mayat reput di Derna, sukar dikeluarkan

PASUKAN penyelamat Itali memasang jaring di dalam laut bagi ‘memerangkap’ mayat mangsa banjir di Derna, timur Libya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DERNA: Pasukan penyelamat antarabangsa di Libya memohon lebih banyak bantuan untuk mencari dan mengeluarkan mayat mangsa terkorban dalam banjir besar yang melanda bandar Derna sehingga mengorbankan ribuan orang.

Lebih seminggu sejak kejadian, kebanyakan mayat mangsa terendam dalam air, dengan beberapa daripadanya berada d kawasan yang hanya boleh diambil menggunakan peralatan khas.

“Banyak mayat mereput teruk dan tidak semua boleh dibawa keluar ekoran kesan kemusnahan yang berlaku.

“Sehubungan itu, kami amat memerlukan bantuan ketika ini bagi mengeluarkan semua mayat yang terperangkap,” kata wakil misi Tunisia bersama pasukan penyelamat dari Arab Saudi, Turkiye dan Itali.

Wakil misi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Algeria pula memaklumkan, kesemua mayat yang terperangkap di dalam kawasan teluk hanya boleh dikeluarkan menggunakan bot khas.

Wakil Algeria berkata, pasukannya melihat sekitar 50 mayat dari tebing sekitar tujuh batu nautika dari pelabuhan Derna, tetapi kawasan itu hanya boleh diakses oleh penyelam dan bot.

“Jika kami mendapatkan bot yang betul, kami boleh mendapatkan 100 mayat setiap hari,” katanya.

Hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Daniel melanda Libya pada 10 September lalu sehingga mencetuskan banjir besar di timur negara itu, dengan bandar Susah dan Derna diisytiharkan sebagai zon bencana alam.

Hujan lebat yang berlaku turut menyebabkan dua empangan pecah, sekali gus memburukkan bencana di Derna.

Sehingga Khamis, jumlah korban banjir melebihi 11,000, dengan nasib kira-kira 20,000 orang lagi belum diketahui, lapor penyiar Al Arabiya, memetik Bulan Sabit Merah Libya.

Tragedi itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan tuduh-menuduh antara rakyat Libya dengan pihak berkuasa negara itu.

Rakyat negara ini mendakwa kerajaan gagal membaikpulih bangunan yang uzur, terutamanya yang berada di luar bandar.

Kegagalan itu menyebabkan banyak infrastruktur runtuh akibat banjir besar di Derna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya