TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 30,000 penduduk di timur bandar Derna, Libya kehilangan tempat tinggal dalam kejadian banjir besar yang dahsyat susulan Taufan Daniel, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) hari ini.
“Sekurang-kurangnya 30,000 kehilangan tempat tinggal di Derna,” kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sambil menambah beribu-ribu lagi berdepan masalah sama di bandar berdekatan.
Dua empangan pecah selepas taufan melanda petang Ahad lalu, melepaskan gelombang besar air. – AFP