Kebakaran belukar di Kampar, sekolah diarah tutup

Kebakaran belukar di Kampar, sekolah diarah tutup

PETUGAS Manggala Agni Pekanbaru dan anggota tentera berusaha memadam kebakaran belukar di Desa Tarai Bangun di daerah Tambang.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKANBARU: Kebakaran belukar melanda Desa Tarai Bangun di wilayah Kampar, Riau menyebabkan sekolah berhampiran terpaksa ditutup.

Pegawai penyelamat bersama tentera dan pasukan khas kebakaran hutan, Manggala Agni bertungkus lumus memadamkan api yang memusnahkan kawasan tanah gambut itu.

Ketua Kawasan Operasi Manggala Agni Sumatera dan Pekanbaru, Chaerul Parsaulian Ginting berkata, lokasi kebakaran itu berhampiran Sekolah Menengah Awam Tambang 8.

Asap tebal kebakaran tanah gambut itu dilaporkan menyelubungi persekitaran sekolah dan mengganggu aktiviti pembelajaran murid.

“Lokasi kebakaran dengan sekolah hanya dibatasi parit kecil. Ketika proses memadam api, asap begitu banyak menghala ke sekolah.

“Pelajar -pelajar dan guru terpaksa diarah pulang dengan cepat sebelum pukul 12 tengah hari,” kata Chaerul kepada Kompas.com melalui panggilan telefon.

Menurut Chaerul, keluasan tanah yang terbakar kira-kira satu hektar dan usaha memadam kebakaran agak sukar kerana api sudah memusnahkan kawasan tanah gambut yang dalam.

“Kedalaman tanah gambut ini kira-kira tiga meter. Jadi, perlukan masa yang lama untuk memadam api dan menyejukkan tanah gambut yang sudah berasap. Kami juga hanya menggunakan terusan berhampiran sebagai sumber air,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya