Tikam dan buang mayat kekasih: Lelaki Malaysia dipenjara 28 tahun - Utusan Malaysia

Tikam dan buang mayat kekasih: Lelaki Malaysia dipenjara 28 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Mahkamah Agung Victoria menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun ke atas seorang lelaki warga Malaysia selepas didapati membunuh teman wanitanya dengan kejam pada 2021.

Joon Seong Tan, 38, yang membunuh teman wanitanya, Ju ‘Kelly’ Zhang, 33, ditahan ketika sedang menuju ke lapangan terbang.

Dalam prosiding yang berlangsung hari ini, mahkamah mendengar butiran mengerikan bagaimana mangsa ditikam sekurang-kurangnya enam kali di dada di dalam rumah manakala anak lelakinya yang berusia lapan tahun menonton televisyen di bilik lain.

Pembunuhan itu dilakukan kerana cemburu berikutan mangsa mula bergaul dengan lelaki lain selepas hubungan dengan Seong Tan renggang.

Selesai membunuh, Seong Tan kemudian berbohong kepada kanak-kanak itu bahawa ibunya sudah meninggalkannya.

Dia berpura-pura cuba mencari mangsa sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah dan memandu ke Heidelberg West, di mana tong sampah itu diletakkan di bahu untuk diambil lori pemungut sampah.

Mayat mangsa kemudian dijumpai selepas empat bulan di utara Melbourne.

Hakim, Amanda Fox, berkata Seong Tan mungkin akan menghabiskan hukumannya di penjara di sini sebelum dihantar pulang ke Malaysia, tempat kelahirannya.

“Cara anda menganiaya mangsa dan membuangnya ke dalam tong sampah domestik adalah tidak berperikemanusiaan.

“Dia mempercayai awak, memperkenalkan anaknya dan menjemput awak berada dalam hidupnya,” kata Fox.

Ketika ini, anak mangsa tinggal bersama datuk serta neneknya dan masih diberitahu mengenai insiden yang menimpa ibunya.

Perbicaraan pembunuhan Seong Tan berlangsung selama sebulan dengan mengemukakan berpuluh-puluh saksi, termasuk rakan dan bekas suami mangsa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya