Terlebih belanja kad kredit, peguam buat laporan palsu diculik

Terlebih belanja kad kredit, peguam buat laporan palsu diculik

TANGKAP layar CCTV menunjukkan Rodrigo Barcelos de Oliveira berada di Pusat Beli-belah Barrad.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Seorang peguam Brazil disiasat pihak berkuasa selepas membelanjakan lebih 13,000 real Brazil (RM12,505) di sebuah pusat beli-belah tetapi mendakwa kononnya dia diculik dan kad kreditnya digunakan.

Pada 19 Mei lalu, Rodrigo Barcelos de Oliveira dilaporkan datang balai polis di Rio de Janeiro untuk membuat laporan jenayah.

Peguam itu memberitahu pegawai polis, dia didatangi dua lelaki bersenjata ketika memandu di jalan Avenida das Américas sebelum dipaksa berhenti di tempat letak kereta Pusat Beli-belah Barra.

De Oliveira kemudian mendakwa salah seorang penculik itu merampas kad kreditnya dan menghabiskan masa lima jam membeli-belah, manakala seorang lagi menahannya sambil mengacukan senjata.

Peguam itu memberitahu polis, dia memberikan nombor pin kadnya selepas diugut dan penculik berkenaan menghabiskan had yang ditetapkan oleh bank sebelum beredar dengan membawa produk yang dibeli termasuk barang kemas, telefon bimbit, dompet dan cincin perkahwinan miliknya.

Polis Rio de Janeiro segera melancarkan siasatan, tetapi ketika menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mereka melihat de Oliveira berjalan santai sambil memegang telefon bimbit dan membuat pembelian dengan kad kreditnya di 11 kedai berbeza, termasuk kedai aksesori motosikal, pakar optik dan kedai pakaian berjenama.

Menurut siasatan, peguam Brazil itu sebenarnya cuba membatalkan semua pembelian selepas membuat laporan polis berhubung kes penculikan itu akibat masalah kewangan namun bank menolak permintaannya, kerana kod pin yang betul digunakan dalam setiap transaksi.

Polis turut menjumpai kesemua barangan yang didakwa dibeli penculik di kediaman de Olivera dan peguam itu kini menghadapi tuduhan penyelewengan serta melaporkan jenayah palsu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya