Puluhan maut banjir, tanah runtuh di Afghanistan, Pakistan

Puluhan maut banjir, tanah runtuh di Afghanistan, Pakistan

PENDUDUK Afghanistan mendukung jenazah kanak-kanak yang maut dalam banjir kilat di daerah Jalrez di wilayah Maidan Wardak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya 31 orang maut dan puluhan lagi hilang selepas banjir besar disebabkan hujan bermusim yang berterusan melanda Afghanistan.

Pada masa sama, sekurang-kurangnya 13 orang turut terbunuh akibat hujan lebat dan tanah runtuh di negara jiran Pakistan.

Lapor Al Jazeera, jurucakap Kementerian Pengurusan Bencana Afghanistan, Shafiullah Rahimi mengesahkan 74 orang cedera dan 41 lagi hilang dalam kejadian banjir sejak tiga hari lalu.

Banjir kilat melanda ibu kota Kabul, wilayah Maidan Wardak dan Ghazni.

Menurut Shafiullah, kebanyakan kes kematian dilaporkan di barat Kabul dan Maidan Wardak.

Jelas beliau, kira-kira 250 ternakan turut terkorban dalam kejadian banjir.

Dilaporkan, banjir kilat terbaharu berlaku di daerah Jalrez di wilayah Maidan Wardak, barat Kabul.

Jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh ketika sedang tidur apabila air banjir meningkat dengan cepat.

Katanya, kira-kira 40 orang lagi hilang selepas ratusan rumah rosak atau musnah, dan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Pejabat gabenor wilayah menerusi kenyataan memaklumkan ratusan rumah penduduk sama ada rosak atau musnah, malah mangsa yang hilang dipercayai terperangkap bawah runtuhan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 13 orang maut dan tujuh lagi cedera akibat hujan lebat dan tanah runtuh ketika musim tengkujuh melanda beberapa kawasan di Pakistan.

Di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, sembilan orang meninggal dunia dalam beberapa kejadian berkaitan hujan, dalam tempoh 48 jam.

Menurut pegawai polis Raja Mirza Hassan, empat ahli keluarga terbunuh dalam kejadian tanah runtuh apabila runtuhan tersebut menghempap sebuah kereta di kawasan Skardu, wilayah Gilgit Baltistan.

Jurucakap agensi pengurusan bencana Khyber Pakhtunkhwa, Taimur Khan berkata, hujan lebat dan ribut petir menyebabkan sekurang-kurangnya 74 rumah rosak di wilayah tersebut.

Pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di daerah Chitral selepas hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat di kawasan pergunungan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya