Permintaan madu Jordan melonjak sejak pandemik Covid-19 - Utusan Malaysia

Permintaan madu Jordan melonjak sejak pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Industri pelancongan yang menjadi sumber utama ekonomi Jordan terjejas akibat pandemik Covid-19, namun keadaan itu memberi rangsangan kepada sektor penternakan lebah di negara itu yang kini mendapat permintaan tinggi.

Meski pun tiada bukti konkrit yang menunjukkan madu mampu menyembuhkan Covid-19, namun ramai penghidap virus berkenaan menggunakan bahan berkenaan bagi melegakan simptom seperti sakit tekak.

“Tempoh pandemik Covid-19 memberi impak positif kepada kami,” kata penternak lebah Mutasim Hammad.

Mutasim, 48, yang sebelum ini hanya menjadikan kerjaya menternak lebah sebagai hobi kini melakukannya sepenuh masa berikutan permintaan yang tinggi kepada madu Jordan.

“Terdapat permintaan yang baik terhadap madu dan masyarakat harus mengetahui tentang perkara itu.

“Orang ramai mula sedar tentang khasiat madu dan ini memberi peluang kepada penduduk tempatan bagi penghasilan madu,” katanya.

Ketua Persatuan Pemeliharaan Lebah Jordan, Mohammad Rababaa berkata, negara itu menghasilkan 19 jenis madu yang berbeza termasuk sitrus, kayu putih, dan maple bergantung kepada tumbuhan yang didebungakan oleh lebah.

“Kami mempunyai kira-kira 2,500 tumbuhan berbunga. Kepelbagaian ini membezakan madu Jordan dan nilai terapeutiknya lebih baik daripada jenis lain,” katanya.

Menurut Rababaa, sejak pandemik Covid-19, permintaan madu keluaran tempatan kian meningkat dengan sektor itu kini mempunyai tenaga kerja yang jauh lebih besar daripada kiraan rasmi kerajaan Jordan sekitar 1,400 penternak lebah.

“Realitinya, bilangan penternak lebah adalah lebih daripada 4,000 orang. Para penternak mengeluarkan kira-kira 700 hingga 800 tan setahun, atau kira-kira 70 peratus daripada keperluan domestik tahunan Jordan,” katanya.

Rababaa berkata, manfaat ekonomi tidak terhad kepada pengeluaran madu sahaja kerana Jordan turut menghasilkan debunga, jeli diraja, lilin, propolis dan racun lebah yang terkandung dalam banyak sebatian terapeutik.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN