Lepas air sisa nuklear ke laut: China haramkan import makanan Jepun - Utusan Malaysia

Lepas air sisa nuklear ke laut: China haramkan import makanan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kastam China mengharamkan import makanan dari 10 wilayah Jepun berikutan rancangan Tokyo untuk melepaskan air sisa nuklear yang dirawat ke lautan.

Penyaluran air terkumpul Jepun, yang dirancang selama beberapa dekad, dari kemudahan nuklear Fukushima yang musnah itu sudah diluluskan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sebagai memenuhi piawaian global.

Pelepasan itu dijangka bermula pada musim panas ini tetapi ditentang beberapa jiran serantau termasuk Beijing yang secara lantang mengecam rancangan itu terutama dalam kalangan komuniti nelayan yang takut pelanggan enggan membeli tangkapan mereka.

Kementerian Luar China semalam berkata laporan IAEA tidak boleh digunakan sebagai ‘lampu hijau’ bagi pelan pelepasan air dengan memberi amaran mengenai risiko yang tidak diketahui kepada kesihatan manusia.

Pihak berkuasa kastam China berkata pihaknya akan mengharamkan import bahan makanan dari sepuluh wilayah Jepun termasuk Fukushima kerana kebimbangan keselamatan serta menjalankan ujian radiasi yang ketat pada makanan dari seluruh Jepun.

“Kastam China akan mengekalkan tahap kewaspadaan yang tinggi,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan di aplikasi WeChat, tanpa menyatakan senarai wilayah Jepun yang terjejas oleh larangan itu.

Kira-kira 1.33 juta meter padu air bawah tanah, air hujan dan air yang digunakan untuk penyejukan sudah dikumpulkan di tapak Fukushima yang sedang ditamatkan operasi selepas beberapa reaktor mengalami keruntuhan susulan tsunami 2011 yang merosakkan loji itu dengan teruk.

Operator loji TEPCO merawat air melalui sistem pemprosesan ALPS bagi membuang hampir semua unsur radioaktif kecuali tritium dan merancang untuk mencairkannya sebelum membuangnya ke lautan secara beransur-ansur selama beberapa dekad.

China hari ini turut memaklumkan Jepun masih mempunyai banyak masalah dari segi kesahihan lambakan lautan, kebolehpercayaan peralatan pembersihan serta kesempurnaan rancangan pemantauan. – AFP

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.