Gudang mercun meletup: Lebih 200 rumah musnah

Gudang mercun meletup: Lebih 200 rumah musnah

PASUKAN penyelamat memeriksa lokasi kejadian letupan gudang mercun di Sungai Kolok, Narathiwat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kementerian Dalam Negeri Thailand memaklumkan, sekurang-kurangnya 292 kediaman musnah akibat letupan gudang mercun di pekan Sungai Kolok, Narathiwat yang bersempadan dengan Malaysia.

Media tempatan pula melaporkan, lebih 500 kediaman rosak akibat kejadian tersebut.

“Saya bermain telefon di dalam rumah apabila letupan kuat tiba-tiba berlaku.

“Rumah saya bergegar dengan kuat sehingga bumbung tercabut, cermin tingkap pecah berderai,” kata seorang saksi, Seksan Taesan yang tinggal 100 meter dari gudang tersebut.

Seksan juga sempat merakam video yang menunjukkan keadaan sekeliling selepas letupan berlaku dengan orang ramai lari bertempiaran dan sejumlah rumah hampir ‘menyembah bumi’.

Selain itu, serpihan kaca, bumbung rumah juga bertaburan atas jalan, malah beberapa gerai di sebuah pasar berhampiran turut musnah akibat letupan itu.

Insiden itu setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 112 orang dengan 115 lagi cedera.

“Kami sudah mengenal pasti 10 mangsa yang terkorban dalam kejadian itu, selain menemukan dua anggota badan yang belum dikenal pasti.

“Pihak berkuasa akan menghantar anggota badan itu ke makmal untuk melakukan ujian DNA,” kata Gabenor Narathiwat, Sanan Pongsakorn.

Dalam pada itu, Sanan memaklumkan, kebakaran akibat letupan itu sudah pun dikawal sepenuhnya.

Beliau memberi jaminan siasatan penuh akan dilakukan segera bagi mengenal pasti punca kejadian.

Siasatan awal mendapati letupan itu berlaku disebabkan kesilapan teknikal semasa proses mengimpal keluli kerana bangunan itu masih dalam pembinaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN