Banyak ambil alkohol, obes punca ramai rakyat Britain maut akibat kanser hati

Banyak ambil alkohol, obes punca ramai rakyat Britain maut akibat kanser hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah badan amal kesihatan terkemuka di United Kingdom (UK) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan `kesan karsinogenik’ dalam pengambilan minuman alkohol yang murah dan makanan tidak sihat.

Gesaan itu dibuat selepas Britain menyaksikan peningkatan sebanyak 40 peratus dalam kes kematian akibat kanser hati dalam tempoh 10 tahun.

Lapor The Guardian, British Liver Trust memberi amaran kanser hati kini menjadi penyebab utama kematian di negara itu.

Ketua eksekutif British Liver Trust, Pamela Healy berkata, sejak awal 1970-an, kes kematian kanser hati meningkat lebih tiga kali ganda di negara itu.

“Punca utama peningkatan kes dan kematian disebabkan pengambilan alkohol dan masalah obesiti.

“Ramai penduduk minum alkohol dan mempunyai berat badan berlebihan. Justeru, kerajaan perlu mengambil tindakan segera menangani masalah tersebut,” katanya.

Jelas Healy, campur tangan kerajaan mampu membantu mewujudkan persekitaran lebih sihat untuk para penduduk.

“Oleh itu, kerajaan harus segera menangani keboleh capaian dan masalah pengambilan makanan tidak sihat secara berlebihan yang jauh lebih murah,” ujarnya.

Saranan itu dibuat selepas kerajaan menangguhkan pelaksanaan peraturan yang melarang pasar raya menawarkan harga murah bagi makanan mempunyai tahap gula, garam atau lemak yang tinggi.

British Liver Trust juga menyerahkan laporan bukti mengenai peningkatan kes kanser hati kepada panel jawatankuasa kesihatan dan penjagaan sosial Parlimen yang ketika ini sedang menjalankan siasatan.

Dalam laporan itu, badan amal kesihatan itu turut menggesa kerajaan menetapkan strategi pengambilan alkohol yang komprehensif.

Laporan itu juga menyenaraikan alkohol dalam karsinogen kumpulan 1 yang boleh menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh jenis kanser.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya