Bakar al-Quran: Pasar raya Qatar boikot barangan Sweden - Utusan Malaysia

Bakar al-Quran: Pasar raya Qatar boikot barangan Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Rangkaian pasar raya terkemuka di Qatar mengeluarkan semua produk keluaran Sweden daripada rak-raknya sebagai tindak balas terhadap insiden membakar kitab suci al-Quran di Stockholm.

Menurut portal Dohanews, pasar raya Souq Al Baladi mengambil langkah itu selepas tiada usaha konkrit diambil pihak berkuasa Sweden dalam menangani penghinaan terhadap al-Quran.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pasar raya itu turut mendedahkan ia melancarkan boikot ke atas semua barangan Sweden sehingga diberitahu kelak.

Sweden sebelum ini menegaskan ia mewajarkan aksi mencemarkan al-Quran atas alasan kebebasan bersuara.

Bulan lalu, pendatang Iraq, Salwan Momika membakar al-Quran di hadapan masjid utama Stockholm.

Salwan mengulangi perbuatan mencemar al-Quran dengan memijak dan menendang salinan kitab suci itu semasa bantahan diadakan di hadapan Kedutaan Iraq pada Khamis (20 Jul) lalu, seperti dinukil Sinar Harian.

Pemerintah Sweden mengutuk pembakaran al-Quran sebagai tindakan Islamofobia tetapi mengiktiraf hak yang dilindungi perlembagaan untuk kebebasan berhimpun, bersuara dan mengadakan bantahan di negara itu.

Di ibu negara Denmark pula, dua lelaki mendakwa ahli kumpulan Patriot Denmark membakar dua salinan al-Quran di hadapan Kedutaan Iraq di Copanhagen.

Tahun lalu, beberapa negara Arab bertindak memboikot barangan India menyusuli tindakan dua anggota kanan parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) meniup sentimen Islamofobia dan menghina Nabi Muhammad SAW.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya