3 Julai hari paling panas di dunia - Utusan Malaysia

3 Julai hari paling panas di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dunia mencatatkan suhu purata tertinggi yang pernah direkodkan pada 3 Julai lalu.

Berdasarkan data daripada Pusat Ramalan Alam Sekitar Amerika Syarikat (AS), suhu dunia mencecah paras 17.01 darjah Celsius kelmarin.

Purata suhu yang dicatatkan pada hari Isnin itu mengatasi rekod 16.92 darjah Celsius yang direkodkan dari Ogos 2016.

Lapor The Guardian, selatan AS kini bergelut dengan cuaca panas terik.

Di beberapa bahagian di China, gelombang haba berterusan dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius.

Afrika Utara turut menyaksikan suhu hampir mencecah 50 darjah Celsius dengan ribuan Asia Barat turut berdepan cuaca panas luar biasa ketika musim haji di Arab Saudi.

Antartika yang kini dalam musim sejuk, mencatatkan suhu tinggi yang tidak normal apabila glasier mencair semakin cepat dan pancaran matahari semakin meningkat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya