Singapura kenakan hukuman berat kepada pesalah dadah

Singapura kenakan hukuman lebih berat bagi pesalah dadah

BEBERAPA alat dadah ditemukan di kawasan Compassvale Link pada April lalu. - AGENSI    
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pesalah didapati memiliki jumlah besar dadah terkawal Kelas A yang tertentu, seperti ganja dan methamphetamine, bakal berdepan dengan hukuman lebih berat, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Singapura, hukuman berat itu termasuk penjara 30 tahun dan dikenakan sebatan.

Sebelum ini, mereka yang didapati memiliki dadah terkawal tanpa mengira beratnya, menghadapi hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga 20,000 dolar Singapura (RM67,814) atau kedua-duanya sekali. 

Kini, pesalah boleh disebat berdasarkan kepada jumlah dadah yang dimiliki mereka.

Hukuman mandatori minimum untuk nilai ambang berat tertentu juga ditetapkan, manakala hukuman maksimum kini dikenakan adalah penjara 30 tahun serta 15 sebatan.

Pindaan terhadap Akta Penyalahgunaan Dadah diluluskan di Parlimen pada Mac lalu.

Dilaporkan, lapan dadah terkawal disenaraikan di bawah hukuman itu terdiri daripada ganja, campuran ganja, resin ganja, kokain, diamorphine (heroin asli), methamphetamine, morfin dan candu.

Misalnya, individu yang memiliki dadah jenis diamorphine kurang daripada 10 gram boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau didenda sehingga 20,000 dolar Singapura (RM67,814) atau kedua-duanya sekali.

Tiada hukuman berkanun minimum dikenakan.

Malah, mereka disabitkan bersalah memiliki sekurang-kurangnya 10 gram atau kurang daripada 15 gram diamorphine akan berdepan hukuman penjara minimum 10 tahun dan lima sebatan.

Hukuman penjara maksimum adalah dua kali ganda. 

“Individu yang memiliki lebih 15 gram akan dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan. 

“Hukuman maksimum pula adalah hukuman penjara 30 tahun dan 15 rotan,” jelas laporan itu.

Terdahulu, kementerian pernah mengakui rangka kerja hukuman bagi pemilikan dadah yang dilaksanakan sebelum ini tidak mengambil kira kriteria potensi bahaya tercetus disebabkan individu yang memiliki jumlah besar dadah.

Jelas kementerian, lapan dadah terkawal itu dipilih kerana bahan terlarang itu menyebabkan bahaya yang serius. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya