Semakin ramai penduduk dunia hidap diabetes menjelang 2050

Semakin ramai penduduk dunia hidap diabetes menjelang 2050

PESAKIT diabetes perlu bergantung kepada ubat sepanjang hayat. – Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bilangan penghidap diabetes di seluruh dunia bakal meningkat dua kali ganda kepada 1.3 bilion orang menjelang 2050 dan antara faktor yang mendorong pertambahan itu adalah penindasan kaum dan jurang ketidaksamaan antara negara.

Berdasarkan penyelidikan baharu yang dijalankan, setiap negara di dunia bakal menyaksikan peningkatan dalam bilangan pedakit menghidap diabetes.

Kira-kira 529 juta orang dianggarkan menghidap diabetes ketika ini yang menjadi satu daripada 10 punca utama kematian dan hilang upaya di seluruh dunia.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal lancet, daripada jumlah itu, sebanyak 95 peratus adalah kes diabetes tahap dua yang dijangka bakal melebihi 1.3 bilion dalam masa kurang daripada tiga dekad.

Indeks jisim badan yang tinggi, iaitu mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dikaitkan kepada punca lebih separuh daripada kematian akibat diabetes.

Kajian itu turut menganggarkan menjelang 2045, sebanyak tiga per empat daripada orang dewasa yang menghidap diabetes menetap di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Namun, menurut kajian Lancet yang dibuat secara berasingan, di negara kaya seperti Amerika Syarikat (AS), kadar diabetes hampir 1.5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan minoriti seperti kulit hitam, Hispanik, Asia atau Orang Asli.

Pengarang bersama kajian itu, Leonard Egede, dari Kolej Perubatan Wisconsin, menyalahkan ‘faktor ketidaksamaan’ menyebabkan penyakit itu semakin berkembang.

“Dasar perkauman seperti pengasingan kediaman mempengaruhi tempat tinggal masyarakat, akses mereka kepada makanan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang mencukupi dan sihat.

“Cabarannya ialah kita tidak melihat campur tangan yang serius bagi memperbetulkan keadaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, membendung diabetes memerlukan perancangan jangka panjang, pelaburan dan perhatian daripada negara di seluruh dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN