Riyadh kurangkan pengeluaran minyak, langkah bijak atau rugi?

Riyadh kurangkan pengeluaran minyak, langkah bijak atau rugi?

PENGANALISIS menjangkakan harga minyak dunia akan meningkat dalam jangka pendek berhubung langkah Riyadh. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Arab Saudi akan mengurangkan lagi pengeluaran minyak sebanyak satu juta tong sehari sebagai usaha menaikkan harga, biarpun wujud kebimbangan sekiranya berlaku kemelesetan.

Pengumuman itu dibuat susulan mesyuarat 13 anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang diketuai Arab Saudi dan 10 rakan kongsinya.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu adalah bagi Julai, namun ia ‘boleh dilanjutkan lagi’.

Pengurangan itu merupakan ‘pemotongan sukarela’ yang diumumkan selepas mesyuarat OPEC+ selama beberapa jam di ibu pejabat pertubuhan itu di sini, yang menyaksikan beberapa rundingan sukar berlangsung

Sumber yang rapat dengan rundingan itu memaklumkan, pemotongan keluaran sebanyak satu juta tong minyak sehari sudah dibincangkan pihak-pihak berkaitan.

April lalu, beberapa anggota OPEC+ bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran secara sukarela lebih satu juta tong sehari, satu langkah mengejut yang secara mudahnya menyokong harga, namun gagal membawa pemulihan yang kekal.

Bloomberg melaporkan, pertelingkahan dengan anggota Afrika dalam pertubuhan itu, memberi ancaman untuk menggagalkan perhimpunan berkenaan.

Ketika Emiriah Arab Bersatu (UAE) mendesak untuk mengubah cara pengurangan pengeluaran minyaknya diukur, negara Afrika enggan melepaskan beberapa kuota mereka yang tidak digunakan, pilihan yang tidak menyenangkan dari segi politik.

Beberapa negara OPEC+, termasuk Angola dan Nigeria, sudah dilihat pada kapasiti maksimum pengeluaran dan bergelut untuk memenuhi kuota mereka.

Pengeluar minyak juga bergelut dengan kejatuhan harga dan turun naik pasaran yang tinggi, terutamanya selepas pencerobohan Russia di Ukraine yang menjejaskan ekonomi seluruh dunia.

Harga minyak menjunam kira-kira 10 peratus sejak pemotongan pada April lalu diumumkan, dengan minyak mentah Brent jatuh hampir kepada AS$70 (RM320) setong, iaitu paras paling rendah didagangkan sejak Disember 2021. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya