Nasib ADUN Kok Lanas ditentukan selepas terima surat rasmi Bersatu-Speaker DUN Kelantan - Utusan Malaysia

Nasib ADUN Kok Lanas ditentukan selepas terima surat rasmi Bersatu-Speaker DUN Kelantan

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi yang dipecat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan ditentukan selepas kerajaan negeri menerima surat rasmi daripada parti berkenaan berhubung pemecatan wakil rakyat berkenaan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang makluman rasmi daripada parti terbabit mengenai status ADUN Kok Lanas itu.

“Saya pun baru dengar perkara ini dan belum ada maklumat rasmi lagi.

“Kalau ikut prosedur, Bersatu kena hantar surat maklum kepada kerajaan terlebih dahulu, kemudian barulah kerajaan buat keputusan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Bersatu dalam kenyataan memaklumkan Timbalan Speaker DUN Kelantan Mohamed Farid Mohamed Zawawi dipecat keahlian parti berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Mohd Radzi Manan, memaklumkan ia selepas beliau didapati melanggar FASAL 9.1.4 Perlembagaan dan Kod Etika dan Tatakelakuan Ahli.

Notis itu memaklumkan, ADUN Kok Lanas masih boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam

Mengulas kemungkinan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK), Mohd. Amar menjelaskan pemecatan Mohd. Farid daripada parti tidak menyebabkan seseorang ADUN hilang kerusinya sebagai wakil rakyat.

“Kalau kena pecat, dia tidak gugur kerusi. Kalau dia keluar parti, baru gugur,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×