Ramai warga Britain mahu sertai semula EU - Utusan Malaysia

Ramai warga Britain mahu sertai semula EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menurut satu tinjauan baharu, semakin ramai warga Britain yang menyatakan hasrat ingin menyertai semula Kesatuan Eropah ( EU) dan jumlahnya meningkat ke tahap tertinggi tujuh tahun selepas referendum Brexit dibuat.

Lapor The Guardian, data daripada tinjauan penjejak Brexit terbaharu YouGov mendapati, sebanyak 58.2 peratus rakyat Britain kini mahu mengundi untuk menyertai semula EU.

Peratusan itu merupakan yang tertinggi sejak tahun 2016 dan dilaporkan meningkat secara konsisten berbanding 47 peratus yang direkodkan menerusi tinjauan yang dibuat pada awal 2021.

Rakyat Britain juga dilihat lebih optimis tentang masa depan blok berkenaan, malah tahap kepercayaan terhadap Suruhanjaya Eropah (EC) kini melonjak melebihi keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan mereka sendiri.

Peratusan bagi kedua-dua warga Britain dan Eropah yang menganggap negara lain akan mengikuti referendum gaya Brexit dilaporkan sudah semakin menurun.

Di kebanyakan negara anggota EU yang dikaji, sokongan terhadap keahlian berterusan kini kembali ke tahap yang dinikmati sebelum pencerobohan Russia ke atas Ukraine, sekaligus memperlihatkan lonjakan kuat dalam sentimen pro-Eropah.

Sebanyak 62 peratus responden di Perancis dan 63 peratus di Itali berkata mereka akan mengundi untuk kekal dalam blok itu walaupun secara tradisinya merupakan antara negara anggota EU yang paling kurang menonjolkan semangat dalam kesatuan  tersebut.

Sementara itu, 87 peratus responden di Sepanyol menegaskan akan memilih untuk kekal dalam EU yang merupakan antara tertinggi dalam negara anggota kesatuan itu, bersama dengan 79 peratus di Denmark, Sweden (70 peratus) dan Jerman (69 peratus).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN