Moscow lancar operasi anti-pengganas terhadap kumpulan Wagner - Utusan Malaysia

Moscow lancar operasi anti-pengganas terhadap kumpulan Wagner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia melancarkan operasi rejim anti-pengganas di Moscow dan wilayah dikuasainya, selepas ketua kumpulan upahan Wagner berikrar untuk menggulingkan kepimpinan tentera negara itu dan menuntut kawalan ke atas ibu pejabat tentera utama di selatan bandar berkenaan.

Pengumuman itu dibuat apabila Ketua Wagner, Yevgeny Prigozhin berkata, beliau berada di dalam ibu pejabat tentera di bandar selatan Rostov-on-Don dan berjaya mengawal tapak tentera di kawasan itu.

Russia dilaporkan turut mengisytiharkan operasi anti-pengganas di wilayah selatan Voronezh yang turut dikuasai tentera upahan Wagner.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin berkata, langkah itu bertujuan untuk mengukuhkan keselamatan dan memberi amaran
terdapat kawalan tambahan di jalan raya dengan acara besar-besaran di ibu negara mungkin dihadkan.

Dalam pada itu, Presiden Vladimir Putin dalam ucapan kecemasan di televisyen menegaskan bahawa pemberontakan bersenjata oleh pasukan upahan Wagner adalah pengkhianatan, dan mereka yang mengangkat senjata menentang tentera Russia akan dihukum.

Kumpulan Wagner, yang diupah Moscow untuk pencerobohan Ukraine, mendakwa kepimpinan tentera Russia bertindak membunuh sejumlah besar pejuangnya dalam serangan udara dan berikrar untuk menghukum mereka.

Malah, Prigozhin hari ini berkata pejuang Wagner sudah pun melintasi sempadan memasuki Russia dari Ukraine dan bersedia berperang menetang tentera Russia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya