MH17: Ukraine, Russia bersemuka di ICJ

MH17: Ukraine, Russia bersemuka di ICJ

ANGGOTA penyelamat melihat bangkai pesawat Malaysia Airlines, MH17, dua hari selepas ia ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai 2014. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

THE HAGUE: Ukraine dan Russia bersemuka di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam berhubung dakwaan Moscow menyokong pemisah pro-Russia yang dipersalahkan dalam insiden menembak jatuh pesawat penumpang MH17 pada 2014.

Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar dakwaan Ukraine mengenai Moscow melanggar perjanjian antikeganasan PBB dengan melengkapkan dan membiayai kumpulan pemisah pro-Russia.

Penyiasat antarabangsa menyimpulkan kumpulan pemisah itu menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine, menyebabkan kesemua 298 penumpang dan kru terbunuh.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur ditembak jatuh peluru berpandu buatan Russia pada 17 Julai 2014 ketika pertempuran berlaku antara pemisah pro-Russia dengan tentera Ukraine.

Ia akan menjadi kali pertama peguam untuk Ukraine dan Russia bertemu di ICJ sejak Moscow melancarkan pencerobohan besar-besaran di Ukraine pada 24 Februari 2022.

Menurut sumber, Ukraine akan terlebih dahulu membuat pembentangan kes dan diikuti Russia untuk memberikan tindak balas.

Moscow sebelum ini berusaha memastikan kes ICJ ditolak, dengan alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa.

November lalu, mahkamah Belanda mensabitkan kesalahan membunuh terhadap dua lelaki Russia dan seorang warga Ukraine kerana peranan mereka dalam insiden MH17 dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Ia juga mendapati bahawa Russia mempunyai ‘kawalan keseluruhan’ ke atas pasukan di Republik Rakyat Donetsk yang memisahkan diri di timur Ukraine sejak pertengahan Mei 2014.

Penemuan oleh Mahkamah Dunia bahawa Russia melengkapkan dan membiayai pemberontak di timur Ukraine yang bertanggungjawab atas tragedi MH17 akan menjadi kekalahan bagi Moscow, yang berulang kali menafikan menghantar tentera atau peralatan ketenteraan ke timur Ukraine pada 2014. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya