EU luluskan vaksin RSV pertama dunia

EU luluskan vaksin RSV pertama dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kesatuan Eropah mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS) dengan meluluskan vaksin untuk virus respiratory syncytial (RSV) yang pertama di dunia.

Menurut syarikat farmaseutikal GlaxoSmithKline (GSK), Arexvy diluluskan bagi kegunaan individu berumur 60 tahun ke atas bagi mencegah penyakit yang disebabkan oleh RSV.

“Kebenaran ini bermakna individu dewasa yang layak boleh diberikan vaksin itu untuk mencegah penyakit RSV buat pertama kali,” kata pegawai saintifik GSK, Tony Wood dalam kenyataan.

Dilaporkan, RSV merupakan virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.

Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun.

Malah, jangkitan RSV turut berisiko menjangkiti individu dewasa.

Sebelum ini, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS meluluskan vaksin tersebut pada bulan lalu.

Beberapa penganalisis meramalkan pasaran vaksin itu boleh mencecah lebih AS$10 bilion (RM46 bilion) dalam dekad akan datang.

Malah, mereka menjangkakan vaksin serupa daripada pengeluar lain termasuk Pfizer dan Moderna akan menyusul tidak lama lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya