Budak lelaki empat tahun ditemukan mati dalam mesin basuh - Utusan Malaysia

Budak lelaki empat tahun ditemukan mati dalam mesin basuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang Kanak-kanak lelaki Filipina ditemukan maut dalam mesin basuh di rumahnya selepas dipercayai didera bapa saudaranya.

Prince Grey Mondero, 4, sebelum ini dilaporkan hilang selepas bermain dengan sepupunya di rumah mereka di sini, petang Jumaat lalu.

Bapa saudaranya, Patrick Sucgang, 15, yang ditugaskan mengawasi kanak-kanak itu mendakwa tidak mengetahui di mana anak saudaranya itu berada sebelum keluarga kanak-kanak malang itu membuat laporan polis.

Namun, ibu Sucgang terhidu bau busuk dari bilik Sucgang dua hari selepas kehilangan Mondero.

Wanita itu mengesan bau itu datang dari mesin basuh yang sudah tidak digunakan dan ditutup dengan kain serta susunan buku di atasnya.

Dia menemui mayat kanak-kanak itu disumbat dalam mesin berkenaan.

Polis kemudian menyoal siasat Sucgang yang didakwa membunuh mengikut Akta Antipenderaan dan Eksploitasi Kanak-kanak.

Namun, disebabkan usianya, prosiding undang-undang terpaksa digantung sehingga umurnya mencapai 18 tahun.

Remaja itu dihantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Bandar.

Ketua Polis Las Pinas, Jaime Santos berkata, hasil siasatan mendapati suspek gemar menonton Dahmer, sebuah drama bersiri mengenai kisah pembunuhan bersiri dan kesalahan seksual.

“Dia yang diserahkan ibunya mengaku melakukan perbuatan itu,” katanya.

Sucgang dikatakan seorang peminat pembunuh bersiri Amerika, Jeffrey Dahmer yang pernah membunuh dan mengerat 17 mangsa lelaki antara 1978 hingga 1991.

Sebelum itu, polis menerima laporan dan satu gambar yang dihantar seorang individu.

Gambar yang didakwa dirakam pada hari kanak-kanak itu dilaporkan hilang sebenarnya dihantar Sucgang dalam platform sembang kumpulan.

Gambar itu menunjukkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan diletakkan di dalam baldi.

Sucgang turut mengeluarkan kenyataan kesalnya dalam sebuah mesej yang dipadamkannya selepas itu.

“Saya sudah melakukan sesuatu yang amat saya kesali dan saya perlu buat yang terbaik untuk menebusnya.

“Saya perlu menerima akibatnya,” katanya.

Datuk kepada kanak-kanak itu, mahu Sucgang dihukum kerana perbuatannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.