Anak Krakatau meletus, muntahkan debu setinggi 3,000 meter - Utusan Malaysia

Anak Krakatau meletus, muntahkan debu setinggi 3,000 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia meletus dua kali dalam masa lebih satu jam dan memuntahkan kepulan abu setinggi 3,000 meter ke udara.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), gunung berapi itu meletus pada pukul 7.46 pagi (waktu tempatan) dan sekali lagi 62 minit kemudian.

Imej selang masa yang dikongsi oleh agensi itu menunjukkan kepulan besar asap dan debu dari gunung berapi itu bergerak ke barat daya.

Anak Krakatau setinggi 157 meter, yang terletak di Selat Sunda Indonesia antara pulau Jawa dan Sumatera meletus lebih 10 kali sejak Mac tahun ini.

“Penempatan terdekat dengan gunung berapi adalah sejauh 16.5 kilometer dan pihak berkuasa sudah mengeluarkan tahap amaran kedua tertinggi.

“Tiada arahan pemindahan tetapi pelancong dan penduduk dinasihatkan untuk tidak mendekati atau mendaki gunung berapi itu.

“Setakat hari ini, empat gunung berapi Indonesia berada pada tahap berjaga-jaga kedua tertinggi, termasuk Anak Krakatau, Merapi di Jawa Tengah, Semeru di Jawa Timur dan Karangetang di Sulawesi Utara,” kata Pegawai PVMBG, Oktory Prambada

Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik dan mempunyai 127 gunung berapi aktif.

Letusan Anak Krakatau pada Disember 2018 mencetuskan tanah runtuh dan tsunami di wilayah Banten, Jawa Barat dan Lampung yang mengorbankan sekurang-kurangnya 430 orang.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya