Tawaran senjata nuklear jika sokong kesatuan Belarus-Russia

Tawaran senjata nuklear jika sokong kesatuan Belarus-Russia

ALEXANDER Lukashenko (kiri) bersama Presiden Russia, Vladimir Putin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINSK: Presiden Alexander Lukashenko memaklumkan pihaknya sanggup menawarkan senjata nuklear kepada mana-mana negara yang berhasrat menyertai kesatuan Russia-Belarus.

Pengumuman yang berupa ancaman kepada Barat itu dibuat beberapa hari selepas Presiden Russia, Vladimir Putin menempatkan senjata nuklear taktikal di Minsk.

Ia merupakan penghantaran pertama Moscow membabitkan senjata perang sedemikian di luar Russia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991.

Lapor Daily Mail, Lukashenko berkata, perkara itu harus difahami secara strategik bahawa Minsk dan Moscow mempunyai peluang unik untuk bergabung.

“Tiada siapa menentang Kazakhstan dan negara lain yang mempunyai hubungan rapat sama seperti kami dengan Persekutuan Russia.

“Sekiranya ada pihak yang berasa bimbang maka penyelesaian adalah mudah iaitu sertai Negara Kesatuan Belarus-Russia.

“Itu sahaja perlu dilakukan dan senjata nuklear akan ditawarkan kepada mereka,” katanya yang merupakan sekutu kuat Putin.

Pemimpin Belarus itu menegaskan idea tersebut merupakan pandangan beliau sendiri dan bukannya Russia.

Russia dan Belarus secara rasmi merupakan sebahagian Negara Kesatuan yang merupakan kesatuan dan pakatan tanpa sempadan antara kedua-dua bekas republik Soviet.

Russia menggunakan wilayah Belarus sebagai landasan pelancaran pencerobohannya ke Ukraine pada Februari tahun lalu.

Sejak itu, kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara itu dipergiatkan termasuk melakukan latihan ketenteraan bersama di wilayah Belarus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.