Jho Low dilihat di Macau

Jho Low dilihat di Macau

JHO LOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelarian antarabangsa, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai kini ‘berada di Macau’ selepas menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

Laporan Al Jazeera yang memetik kenyataan bertulis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, dakwaan itu dibuat selepas beberapa individu pernah melihat Jho Low di Macau.

“SPRM percaya, beberapa individu yang dikehendaki untuk kes 1Malaysia Development Bhd.(1MDB), termasuk Jho Low kini berada di Macau,” menurut kenyataan tersebut.

Pendedahan itu dibuat beberapa minggu selepas seorang daripada suspek kes 1MDB, Kee Kok Thiam ditahan.

Kok Thiam ditahan SPRM pada 3 Mei lalu selepas pesawat yang membawanya dari Macau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 51 tahun itu dihantar pulang dari Macau kerana tinggal di wilayah itu melebihi tempoh visa.

Kok Thiam bagaimana pun dibebaskan selepas disoal siasat SPRM dan badan itu memaklumkan ‘tiada sebarang pendakwaan akan dibuat terhadapnya’ ketika ini.

Selain itu, SPRM juga memaklumkan kerajaan Malaysia tidak menerima sebarang makluman mengenai penghantaran pulang Kok Thiam, sebaliknya mendapat maklumat bahawa lelaki itu dihantar pulang ke Malaysia kerana disyaki terlibat dengan kegiatan perisikan.

“Kertas siasatan yang dibuka SPRM tertumpu kepada aset yang dimiliki Kok Thiam di Singapura dan sudah disiapkan untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara,” menurut pegawai SPRM.

Selain itu, SPRM turut memaklumkan, Kok Thiam mengesahkan dia bertemu Jho Low dan beberapa suspek 1MDB yang lain, termasuk Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Geh Choh Heng dan Nik Faisal di Macau.

Katanya, Jho Low juga berpesan kepada Kok Thiam supaya ‘tidak pulang ke Malaysia’ sebagai saksi dalam kes 1MDB.

Sementara itu, Macau enggan mengulas lanjut mengenai Kok Tiam dan menegaskan pihaknya sentiasa mengendalikan mana-mana kes melibatkan warga asing mengikut undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya