Ribuan penyokong sambut kepulangan Imran Khan

Ribuan penyokong sambut kepulangan Imran Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHORE: Ribuan penyokong Imran Khan berkumpul di sekitar jalanan dan luar kediaman bekas perdana menteri Pakistan bagi menyambut kepulangan pemimpin itu selepas dibebaskan dengan ikat jamin.

Imran tiba di kediamannya di bandar Lahore ketika penyokong bergembira menaburkan bunga mawar di atas kenderaannya selain menyalakan bunga api.

Terdahulu, sebuah mahkamah di Pakistan mengarahkan Imran dibebaskan dengan diikat jamin selama dua minggu selepas penahanannya dalam kes penipuan tanah mencetuskan protes di seluruh negara.

Imran meninggalkan pekarangan mahkamah dan dibawa ke kediamannya di Lahore dengan kawalan keselamatan yang tinggi.

Mahkamah membebaskan Imran dengan ikat jamin selepas penahanannya atas tuduhan rasuah diisytiharkan sebagai tidak sah.

Imran ditahan dalam tahanan pasukan separa tentera sebelum Mahkamah Agung memutuskan penahanan itu menyalahi undang-undang dan menuntut proses berkenaan dibatalkan.

Sementara itu, Imran menyambut baik keputusan mahkamah dengan menegaskan badan kehakiman merupakan satu-satunya perlindungan Pakistan terhadap `law of the jungle’.

Bekas bintang kriket berusia 70 tahun itu yang menjadi ahli politik digulingkan sebagai perdana menteri pada April 2022 dalam undi tidak percaya Parlimen.

Berdasarkan tinjauan orang ramai, Imran merupakan pemimpin paling popular di Pakistan.-REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN