Polis tembak budak 11 tahun guna pistol perenjat elektrik

Polis tembak budak 11 tahun guna pistol perenjat elektrik

KANAK-kanak berusia 11 tahun itu dipercayai cuba mengacukan pisau terhadap pasukan polis. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EDINBURG: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditembak menggunakan pistol perenjat elektrik (taser gun) oleh polis selepas mendapati kanak-kanak itu mengacukan pisau semasa pergaduhan di sebuah taman percutian di Scotland.

Rakaman video memaparkan insiden yang berlaku di taman percutian Craig Tara berhampiran bandar Ayr, tular dalam media sosial.

Lapor Daily Mail, ketika kejadian, polis menerima panggilan daripada orang ramai yang melaporkan mengenai seorang murid sekolah memiliki pisau.

Rakaman menunjukkan polis mengelilingi budak itu sebelum bertanya kepadanya `apa yang mahu dilakukan dengan pisau tersebut’.    

Malah, kanak-kanak itu dipercayai cuba mengacukan pisau terhadap anggota polis berkenaan.

“Budak lelaki itu nampaknya turut memegang telefon dan merakam kejadian sambil mendakwa dia sedang bersiaran langsung di TikTok.

“Kedengaran polis menyuruh kanak-kanak itu meletakkan pisau dimilikinya di atas tanah, namun dia enggan mengikut arahan,” jelas laporan.  

Menurut saksi, budak lelaki itu kemudian dihampiri oleh seorang anggota polis yang mempunyai taser, sebelum menerima renjatan elektrik ditembak dari pistol berkenaan. 

“Tembakan itu menyebabkan kanak-kanak itu menjerit kesakitan,” katanya.

Dalam rakaman tersebut, kedengaran budak lelaki itu berulang kali memaki hamun polis dan meronta-ronta atas rumput dalam kejadian berlaku pada 22 Mac lalu.

Difahamkan, budak lelaki itu mungkin menjadi individu paling muda yang pernah ditembak dengan pistol taser di Scotland.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya