Pesawat penerbangan komersial pertama China buat penerbangan sulung - Utusan Malaysia

Pesawat penerbangan komersial pertama China buat penerbangan sulung

PESAWAT komersial buatan China, C91 berada di landasan Lapangan Terbang Hongqiao di Shanghai sebelum berlepas ke Beijing semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pesawat penumpang komersial terbesar pertama China, C919 membuat penerbangan komersial sulungnya awal pagi semalam.

Media kerajaan turut membuat liputan secara langsung detik bersejarah pesawat yang dibina oleh Syarikat Penerbangan Komersial China (COMAC) berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao di Shanghai kira-kira pukul 10.30 pagi (waktu tempatan).

Lapor CCTV, penumpang dilihat menerima pas masuk berwarna merah dan hidangan makanan mewah istimewa sempena memperingati penerbangan itu.

Rakaman lain menunjukkan penumpang mengibarkan bendera negara dan menyanyikan lagu patriotik semasa kek sedang dipotong sejurus pesawat berlepas.

Pesawat yang membawa 130 penumpang itu dilaporkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing dalam tempoh kurang tiga jam.

Pesawat itu dijadual berpatah balik ke Shanghai selain bersedia membuat penerbangan ulang alik bagi perjalanan lebih jauh ke bandar Chengdu.

Pesawat itu dibina dengan harapan dapat memecahkan monopoli pengeluar pesawat utama dunia, Airbus dan Boeing.

Beijing turut berharap pesawat komersial C919 akan mencabar model asing seperti Boeing 737 MAX dan Airbus A320.

Bagaimanapun, pembuatan 164 tempat duduknya dilaporkan masih banyak bergantung pada komponen dari Barat, termasuk enjin dan avionik.

Syarikat Penerbangan China, Eastern Airlines yang disokong kerajaan sudah menempah lima pesawat berkenaan dan COMAC turut merancang mengeluarkan 150 pesawat setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang.

Wakil syarikat itu turut memaklumkan sudah memperoleh lebih daripada 1,200 tempahan untuk C919.

Presiden Xi Jinping menyifatkan projek itu sebagai salah satu pencapaian paling inovatif bagi China.-AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya