Mesir usaha gencatan senjata redakan konflik di Gaza

Mesir usaha gencatan senjata redakan konflik di Gaza

PENDUDUK Palestin melihat bangunan yang runtuh akibat terkena bedilan serangan udara Israel di utara Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Israel dan Gaza saling melancarkan serangan roket ketika konflik masuk hari ketiga, menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh.

Beberapa siri serangan udara yang dilancarkan tentera Israel sejak Rabu lalu mengakibatkan banyak penduduk awam Palestin terbunuh, termasuk kanak-kanak dan pejuang kanan pergerakan Jihad Islam.

Serangan roket dari Gaza pula menyebabkan seorang penduduk Israel terkorban di bandar Rehovot dan dua lagi cedera.

Ketika ini, Mesir masih mengadakan rundingan untuk melaksanakan gencatan senjata melibatkan kedua-dua pihak, iaitu Israel dan Jihad Islam, namun masih belum membuahkan sebarang hasil.

Pelbagai pihak berharap gencatan senjata itu dapat dilaksanakan segera bagi mengelak lebih banyak nyawa tidak bersalah menjadi mangsa.

Jihad Islam menerusi sumber memberitahu, mereka bersedia untuk melakukan gencatan senjata, namun sebelum tengah malam, tentera Israel melancarkan satu lagi serangan udara terhadap kubu pergerakan itu di Gaza.

Ketenteraan Zionis memaklumkan, Jihad Islam sudah melancarkan sebanyak 620 serangan roket sejak Rabu lalu dengan 179 daripadanya berjaya dipintas sistem anti peluru berpandu, Iron Dome.

Israel juga menyatakan empat daripada roket Jihad Islam jatuh di kawasan Gaza sehingga menyebabkan empat rakyat Palestin terbunuh, termasuk kanak-kanak, namun perkara itu tidak dapat disahkan.

Sehingga kini, pergerakan itu memaklumkan mereka kehilangan lima anggota kanannya dalam tiga hari serangan berlangsung, selain Israel memberitahu, pihaknya melancarkan serangan roket terhadap 191 sasaran di sekitar Gaza.

Dalam pada itu, Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) mendedahkan sebanyak 26 kematian direkodkan di Palestin iaitu melibatkan 13 penduduk awam dengan tujuh daripadanya kanak-kanak, empat anggota pergerakan Jihad Islam dan sembilan lagi yang identiti mereka belum dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Biro Politik Jihad Islam, Mohammad al-Hindi dilaporkan tiba di Kaherah untuk berunding dengan pasukan perisikan Mesir bagi melaksanakan gencatan senjata.

Sumber kerajaan Mesir pula memaklumkan, delegasi keselamatan dari negara itu akan mengunjungi Tel Aviv bagi tujuan yang sama. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya