Kerjasama Taliban dengan Pakistan, China bakal jadi kenyataan

Kerjasama Taliban dengan Pakistan, China bakal jadi kenyataan

AMIR KHAN MUTTAQI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Jawatankuasa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kelmarin bersetuju membenarkan menteri luar pentadbiran Taliban, Amir Khan Muttaqi mengunjungi Pakistan dari Afghanistan pada minggu depan.

Keizinan itu membolehkan Amir mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Pakistan dan China.

Amir sebelum ini dikenakan larangan perjalanan dan asetnya dibekukan di bawah sekatan UNSC.

Menurut surat kepada 15 anggota jawatankuasa sekatan Taliban, misi PBB di Pakistan meminta pengecualian untuk Amir bagi membolehkan beliau melakukan perjalanan antara 6 hingga 9 Mei untuk bertemu dengan Menteri Luar Pakistan dan China.

Namun, surat itu tidak menyebut bila ketiga-tiga menteri itu bakal bertemu dan mengadakan perbincangan, selain Pakistan memaklumkan, mereka akan menanggung semua perbelanjaan perjalanan Amir.

Beijing dan Islamabad sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Taliban, termasuk dalam projek Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC).

Pada bulan lalu, UNSC membenarkan Amir melakukan perjalanan ke Uzbekistan untuk bertemu dengan barisan menteri luar negara jiran Afghanistan bagi membincangkan isu perdamaian, keselamatan dan kestabilan serantau.

Terdahulu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyertai mesyuarat dua hari di Doha bersama barisan wakil khas badan itu.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, pertemuan itu bertujuan memberi petunjuk kepada komuniti antarabangsa untuk memahami lebih lanjut bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan Taliban, sekali gus membantu kerajaan itu membangunkan Afghanistan.

Katanya, antara isu utama yang dibincangkan termasuk hak golongan wanita di negara itu yang sebelum ini dikritik pelbagai pihak.

“Isu lain yang dibincangkan adalah berkaitan pentadbiran kerajaan, banteras keganasan dan penyeludupan dadah,” katanya. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya