Kebakaran hutan merebak, wilayah Alberta isytihar darurat

Kebakaran hutan merebak, wilayah Alberta isytihar darurat

KEPULAN asap tebal menyelubungi kawasan sekitar akibat kebakaran hutan di wilayah Alberta, Kanada. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Pihak berkuasa wilayah Alberta kelmarin mengisytiharkan darurat selepas 25,000 penduduk terpaksa berpindah akibat kebakaran hutan yang semakin buruk.

Ketua Menteri Alberta, Danielle Smith berkata, perintah darurat itu bermula pada pukul 5 petang waktu tempatan apabila sebanyak 110 kebakaran aktif dilaporkan berlaku di kawasan hutan di wilayah berkenaan.

Katanya, 36 daripada jumlah kebakaran hutan itu berada pada tahap ‘tidak terkawal’.

“Hampir keseluruhan kawasan di Alberta mengalami cuaca panas, kering dan keadaan itu menyebabkan kebakaran hutan yang berlaku semakin lama semakin teruk,” kata Smith.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba Alberta, Christie Tucker berkata, pasukan bomba berdepan cabaran untuk memadamkan kebakaran, terutamanya angin kencang can cuaca panas yang memburukkan situasi.

Jelasnya, pasukan bomba dari Quebec dan Ontario juga sudah tiba di Alberta bagi membantu kerja-kerja pemadaman api.

Antara kawasan kejiranan yang dipindahkan termasuk di daerah Brazeau, dengan 7,000 penduduk di Lembah Drayton yang terletak 140 kilometer dari ibu kota Edmonton.

Kesemua penduduk di Fox lake yang berjumlah 3,600 orang juga dipindahkan apabila 1,458 hektar kawasan hutan di daerah itu terbakar.

Sepanjang tahun ini, sebanyak 43,000 hektar kawasan hutan dilaporkan terbakar akibat cuaca kering yang melampau.

Kebakaran yang berlaku dijangka memberi cabaran kepada pihak berkuasa tempatan apabila penduduk bakal keluar mengundi pada 29 Mei ini untuk memilih kerajaan baharu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya