Judi online: 30 rakyat Indonesia ditahan di Malaysia

Judi online: 30 rakyat Indonesia ditahan di Malaysia

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2023 - Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono ketika diwawancara Mingguan Malaysia di pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur di sini hari ini. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMBI: Sebanyak 30 warga Indonesia ditahan di Malaysia selepas disyaki terlibat dalam kes judi secara dalam talian.

Kesemuanya didakwa bagi membantu siasatan berhubung menjadi operator judi dalam talian.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono menerusi perbualan telefon yang dipetik CNN Indonesia berkata, kesemua yang terlibat itu ditahan dalam serbuan semasa bulan Ramadan yang lalu.

“Seramai 30 rakyat Indonesia ditahan polis Malaysia berhubung kes judi dalam talian.

“Namun, mereka tidak ditahan sebagai suspek, sebaliknya hanya saksi bagi membantu siasatan.

“Polis Malaysia juga tidak memberikan kenyataan lanjut mengenai kes berkenaan dan kita tidak tahu berapa lama mereka akan ditahan,” katanya.

Selain itu, Hermono juga memaklumkan, pihak kedutaan berusaha untuk menghantar pulang kesemua rakyat Indonesia tersebut ke kampung halaman mereka.

Seramai 16 daripada 30 yang ditahan berasal dari Jambi.

“Kita akan hantar kesemuanya pulang, namun ketika ini, kita perlu ikut undang-undang Malaysia sehingga semuanya selesai,” ujar Hermono.

Dalam pada itu, Gabenor Jambi, Al Haris memaklumkan, keluarga 30 rakyat negara ini yang ditahan menyatakan mereka mendapat tawaran bekerja dalam bidang pemasaran, bukannya judi dalam talian.

Katanya, mereka sempat menghubungi keluarga masing-masing dan mula terputus hubungan sejak Ramadan lalu selepas ditahan dalam serbuan polis.

“Saya akan terus berhubung dengan Hermono mengenai kes ini sehingga selesai,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.