Clog kartun comel, ceria

Clog kartun comel, ceria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Clogs merupakan antara kasut bertutup yang selesa dan praktikal untuk digayakan sepanjang hari.

Apatah lagi ia ringan, mudah dipakai dan sesuai untuk pelbagai situasi sama ada bersiar-siar, bercuti mahupun ketika bekerja.

Rekaannya kini tampil lebih comel menerusi koleksi Skechers X Sanrio yang menampilkan empat karakter ikonik iaitu Hello Kitty, My Melody, Kuromi dan Cinnamoroll.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menariknya, rekaan clogs atau foamies untuk wanita dan kanak-kanak itu julung kali diperkenalkan dalam kerjasama ini.

Kasut ini hadir dalam empat rona yang diinspirasikan daripada karakter tersebut seperti putih untuk Hello Kitty, merah jambu (My Melody), ungu lavender (Kuromi) dan biru (Cinnamoroll).

Malah, ia turut dilengkapi dengan perincian wajah karakter itu di bahagian sisi diikuti tali tumit daripada fabrik jersi yang dihiasi reben.

Tapak dalam berkusyen menambahkan lagi keselesaan, manakala tapak luar cutie pops splash yang tahan lasak memberikan cengkaman stabil.

Selain itu, rekaannya anti bau bagi mengekalkan kesegaran sepanjang hari di samping mesra air dan mudah dibersihkan.

Istimewanya, foamies ini juga boleh dibasuh menggunakan mesin.

Koleksi ini turut menampilkan rangkaian pakaian dan aksesori sebagai pelengkap gaya si pemakai.

Untuk musim ini, rekaannya tertumpu kepada Hello Kitty dan My Melody.

Antaranya ialah dress pendek tanpa lengan, baju T, seluar pendek dan skort.

Gaya ceria itu diteruskan dengan padanan beg silang, tote dan galas yang masing-masing didatangkan dalam dua pilihan warna.

Dihiasi grafik di bahagian hadapan, beg ini sesuai untuk aktiviti sekolah atau ketika keluar bersama rakan-rakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini