Jam tangan kronograf klasik diberi sentuhan moden dan lebih versatil menerusi koleksi Bewatch Chrono keluaran Ice-Watch Malaysia.
Susun atur dail yang berstruktur dan perincian kemas menambahkan lagi dimensi serta tarikan visual pada pergelangan tangan.
Fungsi kronografnya membolehkan ukuran masa dilakukan dengan lebih tepat, disokong oleh sub-dail pada muka jam dan pergerakan Miyota yang konsisten.
Selain itu, sarung poliamida (PA+) yang dipadankan dengan tali silikon turut menawarkan ketahanan.
Ia juga dilengkapi dengan pengancing ardillon yang direka untuk keselesaan si pemakai.
Koleksi ini menampilkan enam warna daripada monokrom klasik hingga ke tona kontemporari menonjol.
Selain untuk kegunaan harian, jam ini sesuai bagi gaya hidup aktif dan aktiviti sukan.
Ia selari dengan prinsip Ice-Watch dalam menggabungkan fungsi teknikal dan gaya moden untuk pengguna lelaki yang mengutamakan ketelitian, tujuan serta penampilan ringkas tetapi berkarakter.
Koleksi ini dipasarkan secara eksklusif oleh Time Zone Sdn. Bhd.
Sementara itu, pemilik Ice-Watch Malaysia, Datuk Seri Meer Habib berkata, jenama yang diiktiraf di peringkat global itu kekal dengan pendekatan menghasilkan jam tangan inovatif dan mampu milik.
Walaupun ditubuhkan di Bastogne, Belgium pada 2007, ia kini telah bertapak di lebih 55 negara dengan menawarkan pelbagai koleksi termasuk jam tangan silikon, keluli, digital, pintar dan Swiss-made.











