Jerebu teruk diramal landa ASEAN antara Jun dan Oktober ini

Jerebu teruk diramal landa ASEAN antara Jun dan Oktober ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan ASEAN antara bulan Jun dan Oktober pada tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramalkan berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.

Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) membuat pengumuman itu ketika mengeluarkan Amaran Tahap Satu yang menunjukkan permulaan musim kemarau yang dikaitkan dengan Monsun Barat Daya di rantau selatan ASEAN.

“Cuaca kering berterusan direkodkan di kebanyakan bahagian di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan selatan Thailand sejak kebelakangan ini ketika garis hujan monsun bergerak ke utara Khatulistiwa.

“Dengan kemungkinan tinggi El Nino berlaku dalam beberapa bulan akan datang, musim kemarau dijangka lebih teruk dan berpanjangan berbanding tahun-tahun lalu serta dijangka berlarutan hingga Oktober depan,” jelas agensi itu.

Menurut ASMC, pada masa ini kegiatan titik panas di rantau selatan ASEAN masih terkawal, dengan 14 dan 13 titik panas dikesan di kawasan itu masing-masing pada 27 dan 28 Mei.

Malah, kepulan asap turut dikesan di beberapa bahagian di rantau itu pada bulan ini.

Bagaimanapun, tiada kejadian jerebu rentas sempadan direkodkan setakat ini.

Sejak awal tahun ini, suhu permukaan bawah laut lebih panas dicatatkan di kawasan timur tropika Pasifik.

Ia merupakan petanda awal yang menyokong fenomena El Nino bakal berlaku dalam beberapa bulan akan datang.

Fenomena Dipol Lautan Hindi yang berada di fasa positif dan menghalang pembentukan awan di bahagian tertentu di Lautan Hindi tropika, juga kemungkinan berlaku dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

Biasanya, kedua-dua fenomena iklim membawa keadaan lebih kering dan panas ke banyak bahagian di rantau selatan ASEAN.

Berdasarkan pemantauan itu, ASMC menyatakan pihaknya menilai risiko lebih tinggi peningkatan titik panas dan kejadian jerebu rentas sempadan di rantau selatan ASEAN antara Jun dan Oktober tahun ini.

Situasi itu dibandingkan dengan kejadian berlaku tiga tahun lalu apabila musim kemarau tidak seburuk disebabkan keadaan La Nina yang berpanjangan.

“Beberapa langkah berjaga-jaga dan mitigasi awal dikeluarkan bagi mengelakkan berlakunya kebakaran dan jerebu rentas sempadan di rantau itu,” jelas agensi itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya