Iran laksana hukuman mati ke atas ketua pemerdagangan manusia  

Iran laksana hukuman mati ke atas ketua pemerdagangan manusia  

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang disabitkan bersalah mengetuai kumpulan pemerdagangan manusia dan aktiviti pelacuran.

Menurut badan kehakiman negara itu, hukuman tersebut dilaksanakan sehari selepas kerajaan menggantung tiga lelaki yang dikaitkan dengan tunjuk perasaan dicetuskan akibat kematian Mahsa Amini. 

“Selepas pengesahan hukuman terhadap Shahrouz Sokhanvari atau dikenali sebagai Alex di Mahkamah Agung, dia dihukum gantung pagi ini,” jelas laman sesawang Mizan Online.

Menurut laman sesawang itu, Sokhanvari didakwa atas tuduhan ‘menyebarkan rasuah’ kerana ‘menubuhkan dan menguruskan rangkaian pelacuran yang luas di peringkat antarabangsa sehingga menarik minat gadis Iran dan warga asing.

Badan kehakiman memaklumkan banduan itu pernah meninggalkan Iran pada tahun 1983 dan dilaporkan tinggal di beberapa negara termasuk India, Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Ukraine dan Amerika Syarikat (AS) sebelum pihak berkuasa menahannya ketika berada di luar negara dan membawanya kembali ke Iran pada 2020.  

Bagaimanapun, badan kehakiman itu tidak mendedahkan maklumat lanjut termasuk nama negara tertuduh ditahan mahupun proses yang membawa kepada penahanannya.

Hukuman mati Sokhanvari berlaku sehari selepas Iran menggantung tiga lelaki yang didapati bersalah melancarkan protes dengan  menembak mati tiga anggota pasukan keselamatan ketika demonstrasi di pusat bandar Isfahan pada 16 November tahun lalu.

Hukuman mati yang dilaksanakan itu mendapat kecaman hebat dari Barat dan kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di luar republik itu.

Iran menyaksikan gelombang protes di seluruh negara berikutan kematian Amini pada 16 September tahun lalu, seorang gadis Kurdish Iran yang ditahan kerana didakwa melanggar kod pakaian wanita untuk negara Islam itu.

Berdasarkan kumpulan hak asasi manusia Iran yang berpangkalan di Norway, sejak awal tahun ini, Iran sudah melaksanakan hukuman mati membabitkan lebih 220 orang. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya