Hujan dan cuaca panas jadi cabaran buat jemaah haji

Hujan dan cuaca panas jadi cabaran buat jemaah haji

ARAB Saudi berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, menyaksikan waktu panas dan hujan boleh berlaku bila-bila masa. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Arab Saudi ketika ini berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, iaitu musim hujan dan panas yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Musim hujan boleh menyaksikan kebanyakan kawasan dilanda ribut dan hujan lebat, manakala jika waktu panas, suhu boleh mencecah sehingga 41 darjah Celsius.

Jika berterusan, suhu panas itu diramalkan mencecah sehingga 50 darjah Celsius ketika puncak ibadah haji.

Sehubungan itu, Jabatan Pembangunan Haji di bawah Kementerian Agama mengingatkan para jemaah supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca di Arab Saudi.

Pengarahnya, Arsad Hidayat berkata, terdapat lima tip yang boleh dipraktikkan para jemaah supaya kekal sihat ketika cuaca panas melanda tanah suci.

Antaranya menggunakan pelitup muka kerana dapat melindungi para jemaah daripada debu akibat cuaca kering dan panas.

“Angin panas ketika suhu tinggi boleh menyebabkan wajah berasa panas, sekiranya pakai pelitup muka, sensasi panas itu dapat dikurangkan.

“Selain itu, para jemaah juga dinasihatkan supaya minum air putih yang mencukupi bagi mengelakkan badan dehidrasi.

“Mereka digalakkan minum air setiap setengah jam sekali,” katanya.

Arsad juga berpesan kepada para jemaah supaya membawa botol semburan yang boleh diisi dengan air zam-zam.

Katanya, jika berasa panas pada muka, jemaah boleh menyembur air zam-zam pada wajah bagi mengurangkan rasa bahang.

Beliau juga menjelaskan, penggunaan payung turut digalakkan, berserta kain kecil yang boleh direndam dalam air kemudiannya diletakkan atas kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya