‘Hari Rogol Kebangsaan’ sekali lagi tular dalam TikTok

‘Hari Rogol Kebangsaan’ sekali lagi tular dalam TikTok

ILUSTRASI gambar menunjukkan video pengguna TikTok memberi amaran mengenai dakwaan hari rogol yang kembali tercetus. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dakwaan kononnya rogol bukan menjadi satu kesalahan dan jenayah itu dibenarkan selama sehari, tular lagi dalam media sosial pada tahun ini.

Bagaimanapun, pasukan penyelidik menafikan dakwaan berkenaan dengan menyifatkannya sebagai berita palsu.

Dilaporkan, dakwaan yang sama pernah dinafikan oleh sekumpulan pemeriksa fakta dua tahun lalu.

Dakwaan kononnya sekumpulan lelaki mengisytiharkan tarikh 24 April sebagai `Hari Rogol Kebangsaan’ sehingga memberi kebebasan untuk melakukan keganasan seksual, tular dalam TikTok pada tahun 2021.

Hal itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Malah, ketika itu, banyak video muncul antara lain memaparkan wanita dalam ketakutan dan trauma merancang mengurung dirinya sendiri dalam bilik sepanjang hari, serta rakaman menampilkan lelaki berjanji untuk melindungi golongan itu daripada penyerang.

Namun, berita palsu itu kembali tular di platform yang sama pada tahun ini.

Badan pemerhati Media Matters for America mengakui berdepan kesukaran dan had tertentu semasa membuat penafian untuk menghentikan penyebaran berita palsu.

“Kami menggelar situasi ini sebagai dakwaan palsu yang muncul berulang kali di media sosial.

“Ini bermakna ia merupakan khabar angin yang terus timbul, tidak kira berapa kali anda sudah menafikannya.

“Malah, beberapa dakwaan palsu itu muncul semula kerana ia mempunyai kaitan dengan acara atau tarikh tertentu,” kata Laura Duclos dari MediaWise, inisiatif literasi media digital.

Ketika ditanya reaksi TikTok mengenai berita palsu itu, seorang jurucakap menegaskan `sebarang kandungan yang menggalakkan perbuatan keji itu akan dikeluarkan sekiranya ditemukan di platform itu’.

Walaupun perkataan seperti rogol disekat oleh TikTok, dengan carian itu mengalihkan pengguna ke talian bantuan dan sumber pendidikan.

Namun, beberapa rakaman video masih dapat mengelak dan gagal dikesan sepenuhnya sekiranya pengguna tidak menggunakan kata kunci yang jelas dalam hantaran mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya